Sunday, August 9, 2009

keunikan dan kelebihan masing2..


setiap manusia itu unik. setiap manusia punya kelebihan dan kekurangannya tersendiri. tidak ada manusia yang sempurna melainkan Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam kerana baginda ditentukan maksum. selbihnya, tiada yang mmpu terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina dan bermacam-macam lagi...

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. biar bagaimana sekalipon keadaan anda, anda tetap unik.. tanpa anda, pasti ada kehidupan yang tidak akan bisa sempurna..

Sememangnya Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. di situ jelaslah kekuasaan Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa sahaja mengikut kehendakNya. memang kita tiada pilihan, apatah lagi hak untuk mempersoal mahupon mempertikaikan itu dan ini..

jgn pernah kita mempertikaikan.. Ya Allah, mengapa aku diciptakan tidak secantik dia ya Allah..?

ketahuilah,
mungkin cantiknya dia kerana dia tidak pernah angkuh mahupon terbuai dengan pujian. dia pantas utk itu kerana jiwanya kuat..

tapi kamu.. mungkin jiwa kamu tidak sekuat jiwanya.. mungkin kamu akan lebih cepat terbuai dengan pujian lantas bangga dan takabur dengan paras cantik itu, lantas sifat riak itu yang akhirnya akan menjerumuskan kamu ke dalam neraka...

Allah tahu itu.. dan Allah tidak mahu kamu begitu.. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kamu...

kadang2 seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api. samalah halnya, kadang2 seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya denagn kecantikannya dia bisa berbuat sebanyak-banyak kemungkaran utk diberikan balasan yang setimpal di akhirat nnt.

p/s: copy dari kak pu3 balqis..tenkiu..~.^

2 comments:

Mat Dunia said...

wah artikel yang menarik..bisa ayat ni.abg kagum ngan kesungguhan angah.biar lah rupa paras tak cantik,tapi jiwa tu pasti ada cantik,apa2 pun bersyukurlah apa yang ada....chayok2.:)

MrSH said...

lovely ...make my heart cry...